Seksyen 94
Penghakiman
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Apabila tamatnya pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Persekutuan hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu tarikh akan datang yang hendaklah ditetapkan pada waktu itu bagi maksud itu atau yang notis mengenainya hendaklah diberikan kemudiannya kepada pihak, menyampaikan penghakiman dalam mahkamah terbuka.
(2)
Dalam rayuan dan perkara jenayah Mahkamah Persekutuan hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman, yang bolehlah diumumkan oleh Ketua Hakim Negara atau oleh anggota lain Mahkamah Persekutuan yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara:
Dengan syarat bahawa penghakiman yang berasingan hendaklah diumumkan jika ditentukan sedemikian oleh Ketua Hakim Negara.
(3)
Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Persekutuan yang tidak hadir bolehlah dibaca oleh mana-mana Hakim lain.