Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian IV · Mahkamah Persekutuan

92. Kuasa Mahkamah Persekutuan

Feedback & support
(1)

Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Persekutuan hendaklah mendengar perayu atau peguam belanya, jika dia hadir, dan, jika difikirkannya patut, responden atau peguam belanya, jika dia hadir, dan boleh mendengar perayu atau peguam belanya membuat jawapan, dan sesudah itu Mahkamah Persekutuan boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah Rayuan, atau boleh memerintahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu bersama-sama pendapat Mahkamah Persekutuan mengenainya kepada Mahkamah Tinggi, atau boleh membuat apaapa perintah lain dalam perkara itu yang padanya nampak adil, dan boleh melalui perintah itu menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Persekutuan boleh, walaupun ia berpendapat bahawa perkara yang dibangkitkan dalam rayuan itu boleh diputuskan dengan memihak kepada perayu, menolak rayuan itu jika didapatinya bahawa tiada apa-apa salah laksana keadilan yang substansial telah berlaku.

(2)

Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Persekutuan boleh, jika ia berpendapat bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan, disahkan atau diubah oleh Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan di sisi undang-undang (sama ada lebih atau kurang beratnya) sebagai menggantikan hukuman itu yang difikirkannya patut telah dijatuhkan.

(3)

Mahkamah Persekutuan tidak boleh sekali-kali membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini tentang pembayaran kos mana-mana rayuan kepada atau oleh perayu atau responden.

Report