Skip to content

Seksyen 80

Arahan sampingan dan perintah interim

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 77 of 99
Seksyen 80
(1)

Dalam apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Persekutuan apa-apa arahan yang bersampingan dengannya yang tidak melibatkan keputusan prosiding itu, apa-apa perintah interim bagi mengelakkan kemudaratan pada tuntutan pihak sementara menunggu pendengaran prosiding itu, apa-apa perintah bagi jaminan kos dan bagi pembuangan sesuatu prosiding atas keingkaran memberikan jaminan yang diperintahkan sedemikian boleh dibuat pada bila-bila masa oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di Mahkamah Persekutuan.

(3)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh sepuluh hari selepas perintah itu disampaikan, disahkan, diubah atau dilepaskan oleh Mahkamah itu.

Bidang Kuasa Asal