Skip to content

Seksyen 93

Keterangan tambahan

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 90 of 99
Seksyen 93
(1)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam kes jenayah Mahkamah Persekutuan boleh, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh Mahkamah Tinggi.

(2)

Apabila keterangan tambahan itu diambil oleh Mahkamah Tinggi, ia hendaklah memperakui keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu tentang keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan hendaklah sesudah itu meneruskan untuk membereskan rayuan itu.

(3)

Pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah Mahkamah Persekutuan boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada Mahkamah Tinggi suatu laporan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.