Skip to content

Seksyen 78

Penerusan prosiding walaupun Hakim tidak hadir

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 75 of 99
Seksyen 78
(1)

Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding, atau, dalam hal sesuatu penghakiman tertangguh, pada bila-bila masa sebelum penyampaian penghakiman itu, mana-mana Hakim Mahkamah yang mendengar prosiding itu tidak dapat menghadiri prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu kerana sakit atau apa-apa sebab lain, pendengaran prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan, dan penghakiman atau penghakiman tertangguh mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah diberikan oleh, Hakim Mahkamah yang tinggal, yang tidak kurang daripada dua orang, dan Mahkamah hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan dianggotai dengan wajar walaupun Hakim itu tidak hadir atau tidak berdaya menjalankan tugasnya sebagaimana yang disebut terdahulu.

(2)

Dalam mana-mana hal itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), prosiding itu hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti Hakim Mahkamah yang tinggal itu, dan, jika tidak ada majoriti prosiding itu hendaklah didengar semula.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1031).