Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VI · Kesalahan
63. Secara palsu menyamar sebagai pengamal
Feedback & supportSeseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini tidak boleh—
menyamar sebagai pengamal di bawah Akta ini;
mendakwa berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian;
memakai atau menggunakan apa-apa nama atau gelaran, tambahan atau perihalan, membayangkan bahawa—
dia seorang pengamal;
dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai pengamal; atau
Undang-Undang Malaysia 58
dia berkelayakan untuk menyembuh atau merawat penyakit atau ketidakaturan gigi sama ada dengan cara ilmu pergigian atau apa-apa cara lain dalam apa-apa bentuk atau perihalan;
memakai atau menggunakan apa-apa alat atau bahan pergigian untuk mendorong mana-mana orang untuk mempercayai bahawa dia berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian;
menggunakan istilah “klinik pergigian”, “dispensari pergigian”, “hospital pergigian” atau yang bersamaan dengan mana-mana istilah ini dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya, berupa menjalankan amalan pergigian; atau
menggunakan suatu simbol yang direka bentuk oleh Majlis atau Lembaga itu bagi kegunaan pengamal sahaja.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bagi maksud subseksyen (1)—
pemakaian atau penggunaan oleh mana-mana orang istilah “doktor pergigian”, “pakar pergigian”, “dentis berkelayakan”, “doktor pembedahan pergigian”, “profesor pergigian”, “dentis pakar bedah”, “dentis”, “juruterapi pergigian”, “jururawat pergigian”, “juruhigin pergigian”,
“klinik pergigian”, “dispensari pergigian”, “hospital pergigian” atau mana-mana istilah yang bersamaan dalam apa-apa bahasa lain berhubung dengan amalan pergigian hendaklah disifatkan sebagai pemakaian atau penggunaan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan untuk mendorong mana-mana orang mempercayai bahawa dia berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian;
Pergigian 59
penggunaan oleh mana-mana orang apa-apa alat atau bahan pergigian yang digunakan secara khusus oleh orang yang berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian hendaklah disifatkan sebagai penggunaan sesuatu alat atau bahan untuk mendorong seseorang untuk mempercayai bahawa dia berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian; dan
mana-mana orang, selain seorang pengamal, seorang pengamal perubatan atau peniaga peralatan, perkakas atau alat perubatan atau pergigian, yang ada dalam milikannya mana-mana satu atau lebih daripada peralatan, perkakas atau alat yang biasanya digunakan dalam amalan pergigian, seperti kerusi pergigian, unit pemotongan pergigian, forsep pergigian, picagari pergigian, cermin pergigian atau prob pergigian, hendaklah disifatkan sebagai berpura-pura didaftarkan di bawah Akta ini dan berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian.