Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan

64. Memperihalkan kerjaya secara palsu

Feedback & support

Seseorang dentis yang—

(a)

menggunakan, dalam memperihalkan kerjayanya, apa-apa istilah selain istilah “dentis”; atau

(b)

berpura-pura sebagai, memakai atau menggunakan nama atau gelaran doktor pergigian, dentis pakar bedah, dentis berkelayakan, doktor pembedahan pergigian, profesor pergigian atau apa-apa nama, gelaran atau perihalan yang membayangkan bahawa dentis itu mempunyai atau memegang apa-apa kelayakan untuk mengamal selain sebagai seorang dentis, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules