Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VI · Kesalahan
69. Berselindung
Feedback & supportSeorang pengamal yang—
membenarkan seseorang yang tidak berdaftar untuk menjalankan amalan pergigian di premis yang digunakan oleh pengamal itu dalam melaksanakan tugas profesionalnya;
dengan kehadiran, sokongan, nasihat, bantuan atau kerjasamanya telah membolehkan seseorang yang tidak berdaftar, sama ada digambarkan sebagai seorang pembantu atau selainnya, untuk menjalankan amalan pergigian;
atau
dengan diketahuinya menjalankan amalan pergigian di premis yang seseorang yang tidak berdaftar menjalankan amalan pergigian,
Undang-Undang Malaysia 62
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.