Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan

66. Kesalahan yang berhubungan dengan perakuan pengamalan

Feedback & support
(1)

Seseorang pengamal yang menjalankan amalan pergigian tanpa perakuan pengamalan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang pengamal yang dengan diketahuinya menjalankan amalan pergigian dengan seseorang yang tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Seseorang pengamal yang menggaji seseorang yang tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah untuk menjalankan amalan pergigian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa fi, caj, upah, perbelanjaan atau kos yang ditanggung semasa dia atau mana-mana orang lain yang disebut dalam seksyen ini tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules