Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VI · Kesalahan
67. Mempamerkan perakuan secara palsu
Feedback & supportMana-mana orang yang mempamerkan atau membenarkan untuk dipamerkan dalam mana-mana premis—
suatu perakuan pendaftaran;
suatu perakuan pengamalan;
Pergigian 61
suatu perakuan pendaftaran sebagai pakar;
suatu perakuan pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas; atau
suatu salinan yang diperakui mana-mana (a), (b), (c) atau (d), yang mengandungi nama atau gambarnya pada bila-bila masa apabila namanya tiada dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi
Pergigian atau dia tidak memegang perakuan pengamalan yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.