38. Tingkatan faedah perubatan
Feedback & support(1)
Seseorang orang berinsurans berhak mendapat faedah perubatan hanya mengikut jenis dan tingkatan yang diperuntukkan oleh Pertubuhan, dan orang berinsurans itu tidak berhak menuntut apa-apa rawatan doktor kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh dispensari, klinik, hospital atau yayasan lain yang diuntukkan baginya, atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh memberikan hak kepada seseorang orang berinsurans untuk menuntut bayaran ganti daripada
Pertubuhan apa-apa belanja yang dilakukan bagi apa-apa rawatan doktor, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan.
52
Undang-Undang Malaysia