57. Kemudahan untuk pemulihan jasmani atau vokasional
Feedback & supportSeseorang orang berinsurans yang mengidap atau mengaku mengidap keilatan atau hilang upaya yang kekal boleh diberi kemudahan dengan percuma oleh Pertubuhan untuk pemulihan jasmani atau pemulihan vokasional.
Kemudahan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikut keadaan dan tingkatan dan hendaklah diberikan kepada mana-mana orang berinsurans serta mengikut syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan.
Seseorang orang berinsurans yang mengidap atau mengaku mengidap keilatan atau hilang upaya kekal boleh, jika keadaannya memerlukan, diberi dengan percuma alat-alat prostetik, ortotik atau alat-alat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh
60
Undang-Undang Malaysia
Pertubuhan dan alat-alat tersebut boleh dibaharui, jika perlu, dengan percuma.
Seseorang orang berinsurans yang kena menjalani pemulihan jasmani atau pemulihan vokasional atau yang dipasang atau akan dipasang dengan alat-alat prostetik, ortotik atau alat-alat lain boleh dibayar atau dibayar ganti sebagaimana yang ditentukan oleh
Pertubuhan, belanja yang dilakukan atau akan dilakukan dengan berpatutan olehnya mengenai perjalanan atau penyenggaraan berhubung dengan langkah itu, atau pemasangan alat-alat prostetik, ortotik atau alat-alat lain.