46. Penerima faedah hilang upaya hendaklah mematuhi syarat
Feedback & supportSeseorang yang menerima faedah hilang upaya (kecuali faedah yang diberikan kerana hilang upaya yang kekal)—
hendaklah sentiasa dalam rawatan doktor di sesuatu dispensari, hospital, klinik atau yayasan lain yang diperuntukkan mengikut
Akta ini dan hendaklah menjalankan arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan atau atendan perubatan yang menjaganya;
tidak boleh dalam masa rawatan melakukan apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan peluang sembuhnya;
tidak boleh meninggalkan kawasan di mana rawatan doktor diberikan mengikut Akta ini dengan tiada kebenaran pegawai perubatan, atendan perubatan atau mana-mana pihak berkuasa sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud ini dalam peraturan-peraturan; dan
hendaklah membenarkan dirinya diperiksa oleh mana-mana pegawai perubatan yang dilantik dengan sempurna atau oleh orang lain yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh
Pertubuhan.
Faedah hilang upaya kerana hilang upaya sementara boleh digantung, jika seseorang yang menerima faedah itu tidak mematuhi apa-apa kehendak subseksyen (1), dan penggantungan itu boleh berlangsung selama beberapa hari sebagaimana yang diputuskan oleh
Pertubuhan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Pertubuhan.