53. Majikan tidak boleh membuang kerja atau menghukum pekerja dalam tempoh hilang upaya sementara
Feedback & support(1)
Tiada seseorang majikan jua boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan, membuang kerja, memberhentikan atau mengurangkan atau pun menghukum seseorang pekerja dalam tempoh dia menerima faedah hilang upaya kerana hilang upaya sementara.
(2)
Tiada apa-apa jua notis membuang kerja atau memberhentikan atau mengurangkan yang diberikan kepada seseorang pekerja dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh menjadi sah atau berkuat kuasa.