57A. Faedah pendidikan
Feedback & supportFaedah pendidikan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa boleh diadakan bagi anak tanggungan seseorang orang berinsurans yang—
(a)
mati akibat suatu bencana kerja;
(b)
mati semasa menerima pencen ilat;
(c)
mati sebelum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau suatu tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17A;
(d)
menerima pencen ilat; atau
(e)
menerima bayaran berkala faedah hilang upaya yang kekal, mengikut terma dan syarat yang disifatkan oleh Pertubuhan patut dikenakan.
Keselamatan Sosial Pekerja 61