56. Budi bicara bagi menghitung tempoh kelayakan dan kadar pencen ilat bulanan
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan seksyen 17, 17A, 20 dan 29 dan
Jadual Kelapan, Pertubuhan boleh mengambil kira, bagi maksud menghitung tempoh kelayakan bagi pencen ilat, pencen penakat, faedah pengurusan mayat dan kadar bulanan pencen ilat dan pencen penakat, apa-apa caruman berkenaan dengan seseorang orang berinsurans yang, sungguhpun kena dibayar di bawah Akta ini, sebenarnya belum lagi dibayar.
Jika, kalaulah tidak diambil kira caruman yang disebut dalam subseksyen (1), tempoh kelayakan seseorang itu tidak akan genap atau dia akan berhak mendapat pencen ilat atau pencen penakat mengikut kadar yang lebih rendah, nilai aktuari pada masa itu bagi pencen atau sebahagian pencen yang bersabit dengan caruman yang diambil kira dalam subseksyen (1), boleh dituntut oleh Pertubuhan daripada majikan yang telah mungkir membayar caruman tersebut di atas itu, atau jika majikan ada lebih daripada seorang, daripada semua mereka, mengikut nisbah jumlah caruman yang telah mungkir dibayar oleh mereka.