48. Hak Pertubuhan jika majikan utama mungkir atau cuai membayar apa-apa caruman
Feedback & supportJika mana-mana majikan utama mungkir atau cuai membayar apa-apa caruman yang dia bertanggungan membayarnya di bawah
Akta ini bagi mana-mana pekerja dan oleh sebab yang demikian orang itu atau orang tanggungannya berhak mendapat faedah mengikut suatu tingkatan rendah, Pertubuhan boleh, apabila berpuas hati bahawa caruman itu sepatutnya telah dibayar oleh majikan utama itu, membayar kepada orang itu atau kepada orang tanggungannya faedah tersebut mengikut kadar yang dia atau mereka sepatutnya berhak jika tiada berlaku kemungkiran atau kecuaian itu dan Pertubuhan adalah berhak menuntut daripada majikan utama itu sama ada—
selisih antara jumlah faedah yang telah dibayar oleh
Pertubuhan kepada orang tersebut atau orang tanggungannya dengan jumlah faedah yang sepatutnya kena dibayar berdasarkan caruman yang sebenarnya telah dibayar oleh majikan; atau
dua kali ganda jumlah caruman yang majikan itu telah mungkir atau cuai membayarnya, mengikut mana-mana yang lebih banyak.
Wang yang boleh dituntut di bawah seksyen ini boleh dituntut sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi pencen ilat.