49. Penggantungan pencen ilat
Feedback & supportPertubuhan boleh menggantung pencen ilat bagi tempoh selama tidak lebih daripada dua belas bulan jika orang berpencen itu telah bertindak dengan tipuan terhadap Pertubuhan berhubung dengan apa-apa tuntutan yang telah dibuat olehnya atau apa-apa pembayaran yang telah diterima olehnya.
56
Undang-Undang Malaysia
Pertubuhan boleh menggantung pencen itu jika dan selagi orang berpencen ilat itu—
mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan yang kerananya dia kena diinsuranskan di bawah Akta ini, jika amaun yang diperoleh daripada pekerjaan sedemikian lebih daripada satu pertiga daripada gaji puratanya sebelum keilatan;
mungkir hadir, dengan tiada sebab yang baik, apabila diarahkan, di hadapan jemaah doktor atau mana-mana pihak berkuasa lain untuk mengesahkan adanya atau masih adanya keilatannya;
enggan atau cuai, dengan tiada sebab yang baik, mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh atau bagi pihak Pertubuhan tentang apa-apa proses pemulihan jasmani atau pemulihan vokasional atau latihan vokasional yang dia dikehendaki menjalaninya dengan percuma; atau
mungkir, dengan tiada sebab yang baik, membenarkan dirinya untuk menerima dengan percuma rawatan doktor termasuk pemasangan alat bantuan yang ditawarkan oleh
Pertubuhan bagi keilatannya atau mungkir menjalankan apa-apa arahan pegawai perubatan yang menjaganya:
Dengan syarat bahawa dia tidak boleh dikehendaki menjalani apa-apa pembedahan yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatannya.