Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

50. Membayar balik faedah yang tidak sepatutnya diterima

Feedback & support
(1)

Jika seseorang itu telah menerima apa-apa faedah atau bayaran di bawah Akta ini manakala dia tidak berhak kepadanya, dia adalah bertanggungan membayar balik kepada Pertubuhan nilai faedah itu atau banyaknya bayaran itu, atau jika sekiranya dia mati, wakilnya adalah bertanggungan membayarnya balik daripada aset simati, jika ada, dalam tangannya.

Keselamatan Sosial Pekerja 57

(1A)

Jika mana-mana orang itu telah menerima apa-apa faedah atau bayaran di bawah Akta ini sedangkan dia tidak berhak kepadanya, dan selepas itu menjadi layak untuk mendapat faedah lain di bawah Akta ini, Pertubuhan berhak mendapatkan nilai faedah itu atau amaun bayaran itu daripada faedah lain itu yang dia berhak kepadanya.

(2)

Nilai apa-apa faedah yang diterima, kecuali bayaran wang tunai, hendaklah ditentukan oleh mana-mana pihak berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini dan keputusan pihak berkuasa itu adalah muktamad.

(3)

Wang yang boleh dituntut di bawah seksyen ini boleh dituntut sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules