51. Pembayaran faedah yang masih belum dibayar tatkala orang berinsurans mati
Feedback & supportJika seseorang itu mati dalam tempoh dia berhak menerima faedah berupa wang tunai (atau manakala dia berhak mendapat bantuan ilat)
yang diperuntukkan di bawah Akta ini, faedah (atau bantuan) itu hendaklah dibayar kepada sesiapa jua yang dinamakan dengan bertulis oleh simati dalam borang yang ditentukan dalam peraturan atau, jika tidak ada sesiapa yang dinamakan, kepada waris atau wakil di sisi undang-undang bagi simati itu:
Dengan syarat bahawa faedah berupa wang tunai itu hendaklah dibayar sehingga dan termasuk hari kematiannya, bagi faedah hilang upaya (dan elaun layanan sentiasa, jika ada) dan faedah orang tanggungan dan pencen penakat dan sehingga hari akhir bulan yang mendahului bulan bila orang berpencen itu mati, bagi pencen ilat (dan elaun layanan sentiasa, jika ada).