Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit

71. Bagi maksud apakah Kumpulan Wang boleh dibelanjakan

Feedback & support

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya,

Kumpulan Wang Keselamatan Sosial hendaklah dibelanjakan hanya bagi maksud yang berikut, iaitu:

(i)

membayar faedah dan bantuan wang ilat dan mengadakan layanan dan rawatan doktor bagi orang berinsurans atau bagi orang tanggungan mereka;

(ii)

menubuhkan dan menyenggara hospital, dispensari dan yayasan lain dan mengadakan perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan tambahan lain untuk faedah orang berinsurans;

78

Undang-Undang Malaysia

(iia) menubuhkan atau mengambil alih syarikat di bawah seksyen 74A dan menyenggara syarikat itu;

(iii)

membayar caruman kepada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pertubuhan sendirian atau orang perseorangan, untuk belanja layanan dan rawatan doktor yang diberikan kepada orang berinsurans termasuk belanja bagi apa-apa bangunan dan kelengkapan, mengikut apa-apa perjanjian yang dibuat oleh Pertubuhan;

(iv)

membayar belanja jemaah rayuan dan jemaah doktor yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(v)

membayar jumlah wang menurut apa-apa dekri, perintah atau keputusan mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Pertubuhan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan pada melaksanakan kewajipannya atau menurut sesuatu tolak ansur atau penyelesaian apa-apa guaman atau langkah prosiding lain atau tuntutan di sisi undang-undang yang dibawa atau dibuat terhadap Pertubuhan;

(vi)

membayar belanja dan bayaran lain bagi memulakan atau membela sesuatu prosiding sivil atau jenayah yang terbit daripada apa-apa tindakan yang diambil di bawah Akta ini;

(vii)

membayar perbelanjaan, mengikut had yang ditetapkan, mengenai langkah bagi memperbaiki kesihatan, keselamatan kerja dan kebajikan orang berinsurans atau orang tanggungan dan bagi memulihkan dan mengambil kerja semula orang berinsurans yang telah hilang upaya atau terkena bencana;

(viii)

membayar fi, elaun dan saraan lain kepada ahli Lembaga dan Panel Pelaburan;

(viiia) memberikan pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan seseorang orang berinsurans sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 57A; dan

Keselamatan Sosial Pekerja 79

(ix)

apa-apa maksud lain sebagaimana yang dibenarkan oleh

Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

Report

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules