Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit

75A. Panel Pelaburan

Feedback & support
(1)

Suatu Panel Pelaburan yang hendaklah, tertakluk pada arahan yang boleh dikeluarkan oleh Lembaga, bertanggungjawab mengenai perkara yang berkaitan dengan pelaburan Pertubuhan hendaklah ditubuhkan.

(2)

Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga sebagai Pengerusi;

(b)

dua orang anggota yang dilantik oleh Lembaga daripada antara anggota Lembaga, seorang mewakili majikan dan seorang mewakili orang berinsurans;

(c)

Ketua Pengarah Pertubuhan;

(d)

seorang wakil dari Perbendaharaan; dan

(e)

(Dipotong oleh Akta A1508).

(f)

tiga orang anggota lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa seseorang yang dilantik mengikut perenggan ini hendaklah, tertakluk pada

Jadual

Kesembilan, berkhidmat untuk tempoh dua tahun dari tarikh pelantikannya.

(3)

Jadual Kesembilan hendaklah terpakai bagi Panel Pelaburan.

Report

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules