Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit

59U. Pengenaan surcaj

Feedback & support
(1)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Pertubuhan—

(a)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya

Keselamatan Sosial Pekerja 73

daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;

(b)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, setem, sekuriti, stor atau harta lain

Pertubuhan;

(c)

yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(d)

telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, wang daripada

Kumpulan

Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang tersebut dengan Pertubuhan, dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada

Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan

74

Undang-Undang Malaysia

Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan Ketua

Pengarah diberitahu tentang penarikan balik tersebut.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3)

hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh

Pertubuhan dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian, secara ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules