Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
75. Pelaburan wang
Feedback & supportTertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, wang Pertubuhan yang tidak dikehendaki dengan segera bagi menjelaskan perbelanjaan di bawah Akta hendaklah dilaburkan—
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;
dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harganya disebut atau sedang diusahakan supaya disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; dan
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah, ditukar atau dihasilkan dari semasa ke semasa.
Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan pengosongan sebahagian daripada atau keseluruhan, atau melarang pelaburan dalam, mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti.
Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” meliputi saham debentur, bon, nota atau apa-apa sekuriti atau obligasi lain sesuatu syarikat, sama ada merupakan gadaian ke atas aset syarikat atau tidak dan juga meliputi hak untuk melanggan mana-mana debentur;
“syer” ertinya syer berbayar (sama ada berbayar sepenuhnya atau tidak) dalam modal syer sesuatu syarikat dan termasuk saham dan hak untuk melanggan mana-mana saham atau syer.
82
Undang-Undang Malaysia