Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
77. Anggaran belanjawan
Feedback & supportPertubuhan hendaklah pada tiap-tiap satu tahun merangka suatu belanjawan menunjukkan terimaan yang akan diterima dan perbelanjaan yang dicadangkan untuk dilakukan olehnya dalam tahun yang berikutnya dan hendaklah menyampaikan satu salinan belanjawan itu untuk diluluskan oleh Menteri sebelum tarikh yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan belanjawan itu hendaklah mengandungi peruntukan yang, pada pendapat Menteri, cukup untuk menyempurnakan tanggungan yang dilakukan oleh Pertubuhan dan untuk menyenggara suatu imbangan kerja.