Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit

74A. Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat

Feedback & support
(1)

Pertubuhan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Kewangan, menubuhkan atau mengambil alih mana-mana syarikat di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan, mentadbir, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, rancangan, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pertubuhan bagi maksud Rancangan Keselamatan Sosial di bawah Akta ini.

(2)

Pertubuhan boleh memberikan arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan pengendalian syarikat itu yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Keselamatan Sosial Pekerja 81

Report

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules