Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59T. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi mengadakan peruntukan tentang tatatertib pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.
Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi—
peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan sementara menanti keputusan prosiding tatatertib;
peruntukan bagi kesalahan tatatertib dan hukuman sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian itu boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
tatacara bagi prosiding tatatertib dan peruntukan bagi peluang untuk orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi.