Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59W. Penubuhan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat
Feedback & supportSuatu Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan setiap kategori pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang dinyatakan dalam ruangan pertama Jadual Kesepuluh yang terdiri daripada anggota yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual yang sama hendaklah ditubuhkan.
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsinya berkenaan dengan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Lembaga Kenaikan
Pangkat yang berhubungan dengan seseorang pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya Lembaga Kenaikan Pangkat mempunyai bidang kuasa.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat, yang layak untuk kenaikan pangkat, atau untuk pemangkuan sesuatu jawatan bagi maksud kenaikan pangkat, yang terkilan dengan keputusan Lembaga
Kenaikan Pangkat yang berkenaan, boleh merayu kepada Lembaga
Rayuan Kenaikan Pangkat yang relevan.
Lembaga
Rayuan
Kenaikan
Pangkat, selepas mempertimbangkan rayuan itu, boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan, dan keputusan pertimbangan semula itu hendaklah disampaikan dengan sewajarnya kepada Lembaga Kenaikan Pangkat untuk membolehkannya mencapai suatu keputusan.
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat boleh mengubah tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dan susunan kekananan pegawai atau pekhidmat yang berkenaan tetapi tanpa menjejaskan kenaikan pangkat per se pegawai atau pekhidmat yang berjaya itu.
Keputusan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad.
60–63. (Dipotong oleh Akta A675).
76
Undang-Undang Malaysia