Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
68. Kumpulan Wang Keselamatan Sosial
Feedback & supportKumpulan Wang Keselamatan Sosial hendaklah ditubuhkan di bawah Akta ini yang ke dalamnya hendaklah dibayar—
caruman yang kena dibayar oleh atau berkenaan dengan orang berinsurans;
sewa, bunga, dividen atau apa-apa pendapatan lain yang terbit daripada aset Pertubuhan;
jumlah wang yang terakru dengan sepatutnya kepada
Kumpulan Wang di bawah Akta ini, termasuk bayaran balik faedah;
jumlah wang yang didapatkan di bawah Akta ini sebagai fi, kos, caj dan apa-apa bunga atas tunggakan caruman;
jumlah wang melalui pemberian, derma dan hadiah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana individu atau pertubuhan, sama ada diperbadankan atau tidak, bagi semua atau apa-apa maksud Akta ini;
jumlah wang yang dipindahkan daripada kumpulan wang yang ditubuhkan sebelum ini di bawah Akta ini; dan
apa-apa wang lain yang kena dibayar kepada Pertubuhan.
Keselamatan Sosial Pekerja 77