Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
72. Perbelanjaan bagi pentadbiran
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan seksyen 71, perbelanjaan boleh dilakukan oleh Pertubuhan daripada Kumpulan Wang Keselamatan
Sosial sehingga amaun yang dibenarkan oleh Menteri melalui peraturan, bagi sesuatu tahun, bagi menjalankan pentadbiran
Rancangan Keselamatan Sosial yang diperuntukkan di bawah Akta ini termasuk—
membayar gaji, perbelanjaan cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan, caruman kepada kumpulan wang faedah, kebajikan dan rekreasi pegawai dan pekhidmat Pertubuhan dan membayar perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan perkhidmatan lain yang ditubuhkan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini;
membayar fi dan saraan lain kepada juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknik, jurubank, broker saham, juruukur atau orang lain yang diambil kerja sementara atau tidak sepenuh masa untuk melaksanakan tujuan Akta ini; dan
membeli atau menyewa peralatan.