Skip to content

Seksyen 10

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 10 of 23

Seksyen 10

(a)

keseluruhan kutipan daripada sesuatu hiburan itu hendak dibaktikan bagi maksud derma atau khairat sama ada di Malaysia atau di tempat lain tanpa dikenakan apa-apa caj atas kutipan itu atau atas apa-apa wang yang dipunyai atau dikawal oleh atau bagi pihak apa-apa organisasi atau badan khairat atau derma bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berkaitan dengan hiburan itu;

(b)

Pengarah Pendidikan memperakui secara bertulis bahawa hiburan itu akan diadakan bagi maksud pendidikan dan bahawa hadirin akan dihadkan kepada orang yang menerima pendidikan sepenuh masa di sesuatu establismen pendidikan yang diiktiraf dan kepada kakitangan pengajar establismen itu; atau

(c)

hiburan itu diadakan oleh sesuatu pertubuhan yang tidak ditubuhkan atau dianjurkan bagi keuntungan, dan mengandungi semata-mata suatu pameran—

(i)

keluaran sesuatu industri, atau bahan, jentera, peranti, atau barang makanan yang digunakan untuk mengeluarkan keluaran itu, atau pertunjukan kemahiran oleh pekerja dalam industri itu dalam kerja yang berkaitan dengan industri itu;

(ii)

karya seni grafik, seni pahat, dan seni pertukangan tangan, atau satu daripada kelas

Duti Hiburan

13

karya itu atau lebih, yang dibuat dan dipamerkan oleh orang yang mengamalkan seni grafik, seni pahat, atau seni pertukangan tangan bagi keuntungan dan sebagai pekerjaan utama mereka, atau pertunjukan kemahiran oleh orang itu dalam kesenian atau pertukangan tangan itu; atau

(iii)

barang atau pertunjukan kemahiran yang ada kepentingan material berkaitan dengan soal yang berhubungan dengan kesihatan awam, atau mengandungi semata-mata pameran atau pertunjukan kemahiran itu bersama-sama dengan suatu persembahan muzik oleh suatu pancaragam atau suatu pameran kerja atau pertunjukan kemahiran oleh kanak-kanak di bawah umur enam belas tahun atau oleh orang muda yang menuntut di sesuatu sekolah atau institusi Pendidikan yang lain:

Dengan syarat bahawa—

(a)

notis tuntutan bagi pengecualian daripada duti hiburan sebagaimana di atas hendaklah diberi kepada Pemungut tidak kurang daripada empat belas hari sebelum hiburan itu bermula; dan

(b)

Pemungut selepas mengambil apa-apa pernyataan dan membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya patut hendaklah memberikan tuan punya itu suatu perakuan pengecualian daripada bayaran duti hiburan.

(2)

Pemungut boleh pada memberikan perakuannya di bawah subseksyen (1) mengenakan apa-apa syarat bertulis sebagaimana yang difikirkannya patut dalam perakuan itu dan apa-apa pelanggaran syarat itu hendaklah disifatkan menidaksahkan perakuan itu seolah-olah perakuan itu tidak pernah diberikan.

14

Undang-Undang Malaysia

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(c)—

“industri” termasuklah suatu cawangan sesuatu industri dan termasuklah pertanian;

“pertanian” termasuklah hortikultur dan pembiakan ternakan;

"pertubuhan" termasuklah sesuatu syarikat, institusi atau persatuan orang yang lain tidak kira dengan nama apa jua ia disebut;

"ternakan" termasuklah binatang daripada apa-apa perihalan.