Skip to content

Seksyen 11

Pembayaran balik

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 11 of 23
Seksyen 11

Apabila Pemungut berpuas hati bahawa keseluruhan hasil kutipan bersih daripada sesuatu hiburan telah dibaktikan bagi maksud pendidikan, khairat atau derma, dan bahawa keseluruhan perbelanjaan bagi hiburan itu tidak melebihi tiga puluh peratus daripada jumlah kutipan hiburan itu, dia hendaklah membayar balik kepada tuan punya amaun duti hiburan yang telah dibayar berkenaan dengan hiburan itu.