Seksyen 6
Pembayaran duti, bagaimana dibuat
ActIn forceProvision 6 of 23
Seksyen 6
(1)
Duti hiburan hendaklah dilevi, dibayar dan dipungut dengan apa-apa cara, sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada dengan cara diletakkan suatu setem di atas atau dilekatkan pada apa-apa tiket masuk yang menandakan bahawa duti hiburan yang sepatutnya telah dibayar atau selainnya.
(2)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya, jika mana-mana orang dibenarkan masuk dengan bayaran ke suatu hiburan dan peruntukan
Akta ini tidak dipatuhi, maka tuan punya hiburan yang baginya orang itu dibenarkan masuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.