Skip to content

Seksyen 20

Penalti

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 20 of 23
Seksyen 20

(2)

Apabila mana-mana orang yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah tuan punya sesuatu hiburan dan

Mahkamah yang mensabitkan orang itu berpendapat bahawa oleh sebab kesalahan itu apa-apa duti yang sepatutnya telah dibayar telah tidak dibayar atau bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tujuan mengelakkan duti itu, orang itu boleh juga dikenakan denda sepuluh kali ganda amaun duti itu.

(3)

Mana-mana orang yang dibenarkan masuk ke mana-mana hiburan dan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, apabila disabitkan, boleh, jika tiada penalti lain telah diperuntukkan secara khusus bagi kesalahan itu, dikenakan denda sebanyak enam ratus ringgit.

(4)

Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret yang mensabitkan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh membatalkan apa-apa lesen yang telah diberikan kepada orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan panggung atau tempat hiburan awam yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau boleh menghalang orang itu daripada memegang apa-apa lesen bagi apa-apa tempoh yang ditentukan yang tidak melebihi dua tahun, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang dikenakan.