Skip to content

Seksyen 22

Liabiliti tuan punya atas perbuatan pekhidmat

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 22 of 23
Seksyen 22

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap tuan punya hendaklah bertanggungan bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana ejen atau pekhidmat yang diguna khidmat

20

Undang-Undang Malaysia olehnya dan yang bertindak dalam skop pekerjaannya dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dibuat atau dilakukan oleh tuan punya itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh liabiliti ejen atau pekhidmat itu dan dengan syarat bahawa liabiliti tuan punya itu tidak meluas sehingga dia boleh dipenjarakan melainkan jika dia mengambil bahagian dalam kesalahan itu.