Seksyen 3
Pemungut Duti Hiburan
ActIn forceProvision 3 of 23
Seksyen 3
(1)
Menteri Kewangan hendaklah menjadi Pemungut Duti Hiburan
(dalam Akta ini disebut Pemungut) dan hendaklah bertanggungjawab untuk memungut duti yang ditetapkan oleh seksyen 4 dan secara amnya untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2)
Menteri Kewangan boleh melantik seorang timbalan atau timbalan-timbalan kepada Pemungut sama ada secara am bagi maksud
Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau bagi maksud peruntukan tertentu Akta atau bagi maksud peraturan-peraturan tertentu yang dibuat di bawah Akta ini.