Seksyen 15
Kuasa menangkap
Pemungut atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa untuk masuk atau menyiasat di bawah seksyen 13 boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah melakukan atau cuba melakukan atau mengguna khidmat, membantu atau menolong mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan yang enggan memberikan nama dan alamatnya atau yang memberikan nama atau alamat yang disyaki dengan munasabah adalah palsu atau yang memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau yang disyaki dengan munasabah mungkin melarikan diri:
Duti Hiburan
17
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593].
(2)
Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah kemudian daripada itu diuruskan seolah-olah dia telah ditangkap di bawah seksyen 24 Kanun Tatacara Jenayah.