Seksyen 19
Perlindungan bagi pemberi maklumat daripada terzahir
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat adalah dinamakan atau diperihalkan, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identiti pemberi maklumat itu, Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala catatan itu disembunyikan daripada pandangan setakat yang perlu untuk melindungi identiti pemberi maklumat itu daripada terzahir, tetapi tidak lebih daripada itu.
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini Mahkamah, selepas siasatan penuh kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain Mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, Mahkamah itu boleh menghendaki supaya dikemukakan aduan asal itu, jika bertulis, dan membenarkan penyiasatan dan menghendaki penzahiran penuh pemberi maklumat itu.