Seksyen 13
Kuasa memasuki dan menyiasat
Pemungut atau mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai kanan kastam dalam pengertian Akta Kastam 1967 [Akta 235], atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pemungut secara bertulis bagi maksud itu boleh tanpa waran memasuki mana-mana tempat hiburan semasa hiburan itu sedang berjalan dan mana-mana tempat yang biasanya digunakan sebagai suatu tempat hiburan pada bila-bila masa yang munasabah, dengan tujuan untuk menentukan sama ada peruntukan
Akta ini dipatuhi dan boleh membuat apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan mengenai tempat tersebut dan meminta mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa buku, akaun, tiket atau dokumen atau benda lain dan supaya memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai itu bagi maksud tersebut:
Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpakaian seragam dan yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, hendaklah apabila diminta mengemukakan kuasa bertulisnya untuk menjalankan kuasa itu kepada mana-mana orang yang memintanya dengan sah.
(2)
Mana-mana orang yang menghalang Pemungut atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa yang menjalankan dengan sah apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah subseksyen (1) bagi memasuki atau memeriksa mana-mana tempat atau berlengah-lengah untuk mengemukakan apa-apa buku, akaun atau dokumen atau benda lain yang dia telah diminta oleh Pemungut atau
16
Undang-Undang Malaysia pegawai atau orang yang diberi kuasa tersebut supaya mengemukakan dan yang atau sepatutnya dalam perjalanan biasa urusan dalam kuasanya untuk mengemukakan atau yang enggan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dia mungkin dikehendaki memberikan oleh apa-apa peraturan atau yang mungkin dengan semunasabahnya dikehendaki oleh Pemungut atau pegawai atau orang yang diberi kuasa tersebut atau yang dikehendaki memberikan maklumat oleh Pemungut atau pegawai atau orang yang diberi kuasa tersebut, memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.