Seksyen 4
Duti
(2)
Duti hiburan pada kadar setengah daripada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen (1) hendaklah dicajkan, dilevi dan dibayar kepada Pemungut atas tiap-tiap bayaran bagi kemasukan ke mana-mana hiburan yang dalamnya semua pelaku yang kata-kata atau perbuatannya menjadi hiburan itu benar-benar hadir dan membuat persembahan dan hiburan itu mengandungi hanya satu daripada acara yang berikut atau lebih iaitu suatu pementasan drama, suatu tarian balet
(sama ada pementasan drama atau tidak), suatu persembahan muzik
(sama ada vokal atau instrumental), suatu syarahan, suatu pengucapan, suatu pusparagam atau hiburan aneka ragam lain, suatu sarkas, suatu pertunjukan mengembara atau suatu pertunjukan binatang liar atau apa-apa permainan sukan selain perlumbaan atau pertandingan kelajuan binatang, kenderaan, vesel bermotor atau pesawat udara.
8
Undang-Undang Malaysia
(3)
Tiada duti hiburan boleh dicajkan, dilevi atau dibayar atas apa-apa bayaran bagi kemasukan ke mana-mana hiburan yang terdiri daripada satu daripada acara yang berikut atau lebih:
(i)
suatu pementasan drama;
(ii)
suatu tarian balet atau tarian bercorak tradisional (sama ada pementasan drama atau tidak);
(iii)
suatu persembahan muzik (sama ada vokal atau instrumental);
(iv)
suatu syarahan; atau
(v)
suatu pengucapan, jika Pemungut berpuas hati bahawa hiburan itu diadakan oleh sesuatu pertubuhan, institusi atau jawatankuasa yang tidak dikendalikan atau ditubuhkan bagi keuntungan atau bahawa hiburan itu ialah suatu hiburan amatur.
(b)
Bagi maksud seksyen ini sesuatu hiburan tidak boleh disifatkan sebagai suatu hiburan amatur jika apa-apa bayaran dibuat atau apa-apa hadiah diberikan bagi kehadiran mana-mana pelaku yang kata-kata atau perbuatannya menjadi hiburan itu atau mana-mana bahagiannya, atau bagi perkhidmatan mana-mana orang yang berkaitan dengan hiburan itu sebagai pengajar, penerbit, pengurus atau konduktor atau atas sifat sesorang penasihat.
(4)
Pemungut boleh, menurut budi bicaranya, menerima berkenan dengan apa-apa hiburan bayaran sekaligus dengan cara komposisi bagi dan sebagai ganti duti hiburan dalam mana-mana hal jika difikirkannya suai manfaat untuk berbuat demikian oleh sebab kecilnya jumlah wang yang mungkin kena dibayar, atau oleh sebab kesukaran menghitung jumlah wang itu.
Duti Hiburan
9