Skip to content

Seksyen 16

Kuasa menyita

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 16 of 23
Seksyen 16

Pemungut atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa untuk masuk atau menyiasat di bawah seksyen 13 boleh menyita apa-apa dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya dia percaya dengan munasabah suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau yang dia percaya dengan munasabah menjadi atau mengandungi keterangan yang berhubungan dengan kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun

Tatacara Jenayah.