Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 2 of 23
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini—

“bayaran bagi kemasukan” termasuklah apa-apa bayaran yang dibuat oleh seseorang yang setelah dibenarkan masuk ke satu bahagian sesuatu tempat hiburan kemudiannya dibenarkan masuk ke bahagian lain tempat hiburan itu bagi kemasukan yang ke dalamnya suatu bayaran atau suatu bayaran tambahan yang melibatkan duti dikehendaki, dan termasuklah apa-apa bayaran yang memberi seseorang suatu hak untuk dibenarkan masuk sama ada hak itu digunakan atau tidak digunakan;

“hiburan” termasuklah apa-apa pameran, persembahan, keseronokan permainan atau sukan, atau apa-apa aktiviti yang boleh diisytiharkan sebagai hiburan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (2), yang baginya orang dibenarkan masuk dengan bayaran;

6

Undang-Undang Malaysia

“kemasukan” ertinya kemasukan sebagai—

(a)

seorang penonton;

(b)

salah seorang daripada hadirin; atau

(c)

seorang pengguna kemudahan hiburan;

“kemasukan ke suatu hiburan” termasuklah kemasukan ke mana-mana tempat yang hiburan diadakan atau mana-mana tempat lain yang daripadanya seseorang boleh menjadi seorang penonton atau salah seorang daripada hadirin mana-mana hiburan, dan juga termasuklah diberikan hak untuk menggunakan kemudahan hiburan;

“kutipan hiburan” termasuklah bukan sahaja segala wang yang dikutip bagi kemasukan tetapi juga segala kutipan daripada mana-mana sumber jua pun yang berkaitan dengan hiburan itu;

“perbelanjaan hiburan” termasuklah segala jenis perbelanjaan yang dilakukan yang berkaitan dengan hiburan atau pertunjukan sampingannya;

“Pemungut” termasuklah seorang timbalan kepada Pemungut;

“tuan punya” berhubung dengan apa-apa hiburan termasuklah mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hiburan itu, dan berhubung dengan mana-mana tempat yang daripadanya, pada pendapat Pemungut, seseorang boleh menjadi penonton atau salah seorang daripada hadirin sesuatu hiburan yang sedang berjalan di sesuatu tempat lain, termasuk pemunya, penyewa atau orang yang memiliki atau mengawal tempat itu, atau mana-mana orang lain yang menerima bayaran bagi kemasukan ke tempat itu.

(2)

Menteri Kewangan boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan apa-apa aktiviti yang mana seseorang itu dibenarkan masuk dengan bayaran menjadi suatu hiburan.

Duti Hiburan

7