Seksyen 5
Pemungut
(a)
bahawa apa-apa bayaran selain atau sebagai tambahan kepada apa-apa bayaran untuk masuk (yang duti kena dibayar atasnya di bawah Akta ini) telah dikehendaki atau diterima oleh tuan punya mana-mana hiburan daripada mana-mana orang;
(b)
bahawa amaun mana-mana bayaran itu adalah lebih daripada yang biasanya kena dibayar bagi apa-apa benda, keistimewaan, hak atau maksud selain penikmatan hiburan yang didapati sebagai balasan bagi bayaran itu; dan
(c)
bahawa apa-apa bayaran itu telah pada hakikatnya, keseluruhannya atau sebahagiannya, suatu bayaran atau hadiah untuk hak atau peluang bagi mana-mana orang menikmati hiburan itu, dia boleh memberikan notis secara bertulis kepada tuan punya hiburan itu tentang dapatannya dan dengan itu apa-apa bayaran atau apa-apa bahagian daripada bayaran itu sebagaimana yang disebut dalam notis itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai bayaran bagi kemasukan ke hiburan itu dan duti hiburan hendaklah dicajkan, dilevi dan dibayar atasnya sama ada mengikut subseksyen 4(4) atau selainnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Pemungut melalui notis itu.
(2)
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa dapatan
Pemungut di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh notis bertulis mengenai dapatan itu diberi kepadanya oleh Pemungut, merayu atas apa-apa soal undang-undang atau fakta kepada Mahkamah Sesyen atau di Sabah dan Sarawak kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama.
(3)
Hendaklah ada hak untuk merayu selanjutnya terhadap sesuatu
Mahkamah Sesyen di bawah seksyen ini sebagaimana yang wujud dalam hal keputusan yang dibuat oleh Mahkamah itu pada menjalankan bidang kuasa asal sivilnya.
10
Undang-Undang Malaysia
(4)
Tiada ada apa-apa hak rayuan selanjutnya terhadap sesuatu keputusan Mahkamah Tinggi atas rayuan di bawah seksyen ini.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya oleh tuan punya hiburan itu bahawa jika apa-apa bayaran telah dikehendaki atau diterima oleh tuan punya itu daripada mana-mana orang dan bayaran itu adalah lebih daripada yang biasanya dibayar bagi apa-apa benda, keistimewaan, hak atau maksud selain penikmatan hiburan yang didapati bagi bayaran itu, bayaran itu atau apa-apa bahagiannya sebanyak yang lebih itu ialah suatu bayaran atau hadiah bagi hak atau peluang untuk seseorang menikmati hiburan itu.
(6)
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah boleh membuat kaedah-kaedah yang mengawal selia dan menetapkan tatacara dalam prosiding dengan cara rayuan di bawah subseksyen (2)
termasuklah cara bagaimana keterangan hendak diambil atas rayuan itu dan bagi memperuntukkan kos bagi prosiding itu.