Skip to content

Seksyen 12

Pengecualian

of Akta Duti Hiburan 1953

ActIn forceProvision 12 of 23
Seksyen 12

*(1) Menteri Kewangan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan,—

(a)

apa-apa kelas hiburan; dan

(b)

berkenaan dengan

Wilayah-Wilayah

Persekutuan, apa-apa hiburan, daripada bayaran duti hiburan.

*CATATAN—Segala perintah pengecualian yang berupa sebagai telah dibuat di bawah subseksyen 2(1)

dalam tempoh antara 3 Mei 1982 hingga tarikh mula berkuat kuasa Akta Duti Hiburan (Pindaan) 1991

[Akta A800] adalah dengan ini disahkan dan disifatkan telah dibuat menurut undang-undang, dan segala hiburan yang dikecualikan daripada bayaran duti hiburan di bawah perintah itu adalah dengan ini disifatkan telah dikecualikan dengan sah menurut subseksyen 12(1) Akta ini sebagaimana dipinda oleh subseksyen 2(1) Akta A800 seolah-olah subseksyen 2(1) Akta A800 tersebut telah berkuat kuasa semasa perintah itu dibuat dan hiburan itu dikecualikan.

Duti Hiburan

15

(2)

Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa hiburan daripada keseluruhan bayaran atau apa-apa bahagian bayaran duti hiburan.

(3)

Pemungut boleh mengecualikan, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa hiburan yang berkenaan dengannya jumlah amaun duti hiburan yang kena dibayar, pada pendapatnya, tidak akan melebihi dua ribu ringgit, daripada bayaran duti hiburan tersebut.