Skip to content

Seksyen 28

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 28 of 92

Seksyen 28

(1)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk tidak boleh dikeluarkan, diedarkan atau disebarkan kepada mana-mana orang melainkan jika—

(a)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah terlebih dahulu didaftarkan oleh Pendaftar; dan

(b)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah mematuhi peruntukan Akta ini.

(2)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang telah didaftarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh pengeluaran.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(3)

Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa borang permohonan bagi langganan kepentingan suatu skim melainkan jika—

(a)

dia diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar; dan

(b)

borang itu disertakan dengan suatu salinan prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang telah didaftarkan oleh

Pendaftar.

(4)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk