Skip to content

Seksyen 33

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 33 of 92

Seksyen 33

(1)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang termasuk suatu pernyataan yang berupa dibuat oleh mana-mana orang termasuklah pakar, atau berasaskan pernyataan yang dibuat oleh orang itu, tidak boleh dikeluarkan melainkan jika—

(a)

orang itu telah memberikan persetujuan bertulisnya untuk mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk dengan pernyataan yang dibuat dalam bentuk dan konteks yang dalamnya dimasukkan persetujuan dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum tarikh keluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk; dan

(b)

terdapat dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, suatu pernyataan bahawa orang itu telah memberikan dan tidak menarik balik persetujuannya.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pernyataan yang merupakan cabutan pernyataan rasmi atau pernyataan lain yang dinyatakan oleh

Pendaftar.

(3)

Jika apa-apa prospektus atau pernyataan penzahiran produk dikeluarkan yang berlanggaran dengan seksyen ini, syarikat pengurusan dan tiap-tiap orang yang merupakan suatu pihak kepada pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Skim Kepentingan 43

Pelepasan daripada kehendak berhubung dengan bentuk dan kandungan prospektus atau pernyataan penzahiran produk