Seksyen 37
Maklumat memorandum disifatkan sebagai prospektus atau pernyataan penzahiran produk
ActIn forceProvision 37 of 92
Seksyen 37
Apa-apa maklumat memorandum yang berupa untuk memperihalkan hal ehwal perniagaan orang yang membuat tawaran yang dikeluarkan oleh orang itu atau ejennya hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk, setakat yang berkaitan dengan liabiliti orang itu atau ejennya, bagi apa-apa pernyataan tidak benar atau maklumat material yang tidak dizahirkan.