Seksyen 41
Seksyen 41
Bagi maksud Bab ini, Pendaftar tidak boleh dianggap sebagai terlibat dalam penyediaan prospektus atau pernyataan penzahiran produk atau memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk bagi apa-apa sebab termasuklah jika dia telah melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud seksyen 39 dan 40, seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai telah memberi kuasa atau menyebabkan
Skim Kepentingan 57
pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk oleh sebab—
(a)
dia memberikan persetujuannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 33; atau
(b)
namanya dimasukkan dalam prospektus sebagai pemegang amanah bagi pemegang kepentingan, juruaudit, pegawai bank dan peguam bela dan peguam cara.