Seksyen 43
Shariah
ActIn forceProvision 43 of 92
Seksyen 43
(1)
Suatu surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang dikehendaki di bawah Bab ini boleh dikeluarkan mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Shariah untuk memberikan nasihat kepada
Suruhanjaya dan Pendaftar mengenai rangka kerja Shariah yang sesuai untuk diterima pakai dan diluluskan bagi maksud Akta ini.