Seksyen 36
Seksyen 36
Jika syarikat pengurusan mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan apa-apa kepentingan skim kepada mana-mana orang dengan tujuan kepada semua atau mana-mana kepentingan skim itu ditawarkan untuk jualan kepada orang awam, apa-apa dokumen tawaran untuk jualan yang dibuat kepada orang awam hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan bagi semua maksud.
(2)
Jika dokumen itu disifatkan sebagai prospektus bagi maksud subseksyen (1), peruntukan di bawah Bab ini berkaitan dengan kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan palsu
Skim Kepentingan 47
atau mengelirukan dan peninggalan material hendaklah terpakai dan mempunyai kesan sewajarnya seolah-olah—
(a)
kepentingan itu telah ditawarkan kepada orang awam; dan
(b)
orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa kepentingan merupakan pelanggan, tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan atau peninggalan material dalam dokumen itu atau selainnya.
(3)
Melainkan jika dibuktikan selainnya, suatu pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan kepentingan yang dibuat dengan tujuan bagi kepentingan itu ditawarkan untuk jualan kepada orang awam hendaklah menjadi keterangan jika ditunjukkan bahawa—
(a)
suatu tawaran kepentingan untuk jualan kepada orang awam dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk pengumpukan itu;
atau
(b)
pada tarikh apabila tawaran itu dibuat, keseluruhan balasan yang diterima oleh syarikat pengurusan berkenaan dengan kepentingan itu masih belum diterima.
(4)
Peruntukan
Bab ini mengenai prospektus hendaklah mempunyai kesan seolah-olah orang yang membuat tawaran yang berhubung dengan seksyen ini merupakan orang yang dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah suatu perbadanan.
(5)
Sebagai tambahan kepada kehendak lain di bawah Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan—
(a)
amaun bersih balasan yang diterima atau akan diterima oleh perbadanan berkenaan dengan kepentingan yang berhubung dengan tawaran itu; dan 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(b)
tempat dan masa di mana suatu salinan kontrak yang di bawahnya kepentingan itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.
(6)
Jika suatu tawaran yang berhubung dengan seksyen ini dibuat oleh syarikat pengurusan, mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) ditandatangani bagi pihak syarikat pengurusan itu oleh dua orang pengarah syarikat pengurusan itu atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pengarah itu.
(7)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.